KOTA KINABALU: Kadar indeks jenayah di Sabah mencatatkan peningkatan 22.06 peratus bagi tempoh Januari hingga Julai lepas apabila 2,429 kes dilaporkan berbanding 1,990 kes sepanjang tempoh sama pada 2021.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata Sabah menduduki tangga keempat tertinggi berbanding negeri lain untuk perbandingan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.
"Begitu juga dari segi penyelesaian kes, Sabah menduduki tangga keempat dengan peratusan sebanyak 72.30 peratus daripada 14 kontinjen di seluruh Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata jumlah kes jenayah indeks itu menunjukkan penurunan ketara sebanyak 911 kes berbanding tempoh sama pada 2019 sebelum penularan COVID-19 yang mencatatkan 3,340 kes.
"Polis Sabah akan terus berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha menurunkan kadar jenayah agar masyarakat berasa selamat. Namun, usaha tidak akan tercapai tanpa kerjasama yang padu daripada semua pihak.
"Justeru, saya amat mengalu-alukan semua pihak agar dapat menyalurkan apa juga maklumat dan aktiviti yang meragukan dalam menjaga keamanan dan keharmonian di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Polis Sabah akan terus berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha menurunkan kadar jenayah agar masyarakat berasa selamat. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Indeks jenayah seluruh negara menurun 2.7 peratus untuk 2016
Kadar indeks jenayah seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Disember 2016 mencatatkan penurunan 2.7 peratus.